Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat “khusuf” berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin (4 Jun 2012) ini. Solat gerhana disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah) Niatnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” […]