Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini mengisahkan hubungan adik-beradik iaitu Rozana (Zana) dan Azura (Zura) yang sama-sama cantik namun dipisahkan oleh status pekerjaan. Zana bekerja sebagai pekebun manakala Zura bekerja sebagai kerani. Mereka berkawan baik dengan Murad (Fahrin Ahmad) dari sejak kecil lagi.