Uncategorized Rayuan permohonan BR1M dilanjutkan hingga 31 Mac March 18, 2012

IPOH: Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata, borang permohonan yang dibuat sebelum ini akan disemak semula bagi memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai RM500...